Keperluan Pengurusan
Kewangan
Pengguna Malaysia harus dididik dan
dilatih dalam pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kewangan.
Pengurusan
kewangan amat penting dalam kehidupan.Namun begitu secara umumnya, rakyat
Malaysia didapati tidak menguruskan kewangan mereka dengan cekap. Ini
berdasarkan kepada statistik yang menunjukkan bahawa 50% daripada pemegang kad kredit
yang diisytiharkan bankrap adalah di bawah umur 30 (Malay Mail, 15/6/2009).
Pada umur yang muda, mereka sudah jadi muflis.
Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam laporannya menyatakan golongan
inilah yang menghadapi masalah menyelesaikan hutang, 27% menyatakan bahawa
mereka hilang kawalan akan kegunaan kad kredit mereka dan 22% menyatakan bahawa
mereka menghadapi keadaan usah kerana pengurusan yang lemah.
Menurut
kajian yang dikendalikan oleh Citibank (The
Star, 19/2/2009) pula:
•
37% responden menyatakan bahawa mereka agak bimbang akan masa hadapan kewangan
mereka;
•
Secara purata, rakyat Malaysia mempunyai simpanan hanya untuk sebelas minggu sahaja;
•
Sejumlah 12% menyatakan bahawa mereka tidak menabung sama sekali;
•
Sejumlah 66% tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka;
•
Hanya 22% mempunyai rancangan persaraan yang formal;
•
Walaupun 86% menyatakan bahawa mereka cuba mematuhi kepada bajet, hanya 28% berjaya
mematuhi bajet mereka; dan
•
Lebih 25% tidak pernah berfikir atau memulakan rancangan persaraan mereka.
Di
dalam kaji selidik yang dikendalikan oleh Malay Mail (14/10/08) bertajuk, “Generation Y just doesn’t
care – What recession? It is a non-event for young Malaysians”
melaporkan
bahawa, walaupun Malaysia mengalami kegawatan pada ketika itu:
• Belia masih berbelanja RM 300 – RM 500
sebulan untuk hiburan dan riadah;
• Mereka terlalu suka untuk membeli
belah sehinggakan dilabelkan sebagai “dream
consumers”;
dan
• Ramai memiliki telefon bimbit yang mempunyai
teknologi yang terkini
Dalam
satu lagi kajian yang dilakukan oleh CIMB (11/11/2008), terdapat 93% yang
ditemuduga menyatakan bahawa mereka sedar akan keperluan pengurusan kewangan. Maka
jelaslah bahawa pengguna Malaysia harus dididik dan dilatih dalam pelbagai
aspek perancangan dan pengurusan kewangan.
Dalam
merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan,
masa depan dan matlamat kita. Sebagai contoh, peristiwa-peristiwa yang kita
akan lalui termasuk membeli rumah, membeli kereta, berkahwin, mendapatkan anak,
pendidikan anak, melancong dan bersara.
Dalam
setiap fasa kehidupan, kita sering mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan
kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang
dan cabaran yang berbeza. Apabila kehidupan kita berubah, maka kehendak dan
keperluan kita juga berubah, Perancangan kewangan menyediakan diri kita untuk
menghadapi peluang dan cabaran hidup ini.
Melalui
perancangan kewangan kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan,
menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu.
Sekiranya kita merancang kewangan dengan
cekap kita akan merasakan bahawa kita berupaya untuk mengawal kewangan kita dan
memastikan kita akan berbelanja mengikut kemampuan yang sebenar. Selain itu
dapat menguruskan hutang dengan baik serta mengelak daripada kesan-kesan
negatif seperti menjadi muflis atau bergantung kepada orang lain seperti ibu
bapa atau anak-anak kita.
Kita juga akan mempunyai perhubungan
sosial yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan rakan-rakan sekerja kerana
anda tidak meminjam wang daripada mereka setiap kali kita mempunyai masalah kewangan.
Kita juga akan merasa bebas daripada
masalah kewangan kerana kita telah merancang akan keperluan masa hadapan serta
mempunyai tabungan atau insurans untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kita dapat mencapai matlamat hidup bukan
sahaja untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk keluarga.
Maka dengan membuat perancangan
kewangan, kita akan menyedari akan keperluan masa kini dan masa hadapan,
sumber-sumber kewangan yang dimiliki serta sumber kewangan yang diperlukan
serta cara sebaik mungkin untuk memperolehi sumber dengan cara terbaik. Yang
paling penting sekali, kita akan rasa tenang dan memperolehi keamanan dalam
kehidupan anda.
Sumber : RINGGIT BNM